Visi
Menjadi antara pemborong dan peruncit bahan binaan yang paling dipercayai di Pantai Timur.
Saiful Hardware Sdn Bhd
Syarikat Bumiputera tempatan yang membekalkan bahan binaan kepada kontraktor, tukang, pemilik rumah dan organisasi.

Cerita kami
Saiful Hardware Sdn Bhd ditubuhkan pada 16 Mei 2016 sebagai pemborong, pengedar dan peruncit bahan perkakasan binaan. Bermula dengan tiga orang pekerja, syarikat terus berkembang untuk melayani keperluan pelanggan pada skala yang lebih besar.
Kini kami beroperasi di Kampung Batang Gergaji dan Kampung Raja. Fokus kami kekal sama: mudahkan pelanggan mendapatkan bahan yang diperlukan dengan layanan mesra, pilihan praktikal dan urusan yang jelas.
Menjadi antara pemborong dan peruncit bahan binaan yang paling dipercayai di Pantai Timur.
Membekalkan produk yang relevan, membina rangkaian operasi yang cekap dan memberi servis yang memudahkan pelanggan.
Membuka peluang pekerjaan dan ruang perkembangan kepada anak tempatan serta usahawan Bumiputera.

Kehadiran tempatan
Dua cawangan dan operasi gudang membantu kami menyokong pembelian runcit, tempahan projek serta penghantaran sekitar kawasan terpilih.
Lihat lokasi kami →